12.biawak



kebanyakan kita tak suka tenguk biawak kan....kenapa agaknya ya...tapi orang putih suka tenguk biawak...mungkin di tempat mereka tiada biawak kot...biasanya biawak suka tempat berair spt di kawasan paya,sungai,pantai...lebih lebih lagi tempat tu ada tempat untuk bersembuyi spt kawasan bersemak....biawak mempunyai lidah yang bercabang dua..kalau kawasan perumahan ia suka memakan anak ayam dan juga anak kucing...so kena berhati hati lah...kalau kelaparan dalam hutan ,biawak merupakan pilihan askar...biawak teramat suka makan bangkai binatang...alam ni ada kitarannya yang tersendiri..

11.cermai



buah cermai rasanya masam...budak-budak suka baling kayu untuk dapatkan cermai..di katakan keseluruhan pokok cermai dapat di manafaatkan sebagai ubat..bagi yang ingin melangsingkan badan,boleh minum air rebusan daun cermai..biji cermai boleh atasi masalah sembelit dan mual...kulit akar pula boleh merawat asma dan kulit...air rebusan kulit cermai juga boleh merawat pembengkakan pada sistem pernafasan..dll.alam ni penuh dengan penawar...

10.awan



awan mendung tak bererti hujan kan...kepanasan wap di bumi akan naik ke atas langit...ianya akan membentuk awan...awan-awan berkumpul sesama sendiri untuk membentuk awan yang lebih besar...sehingga ianya menjadi berat...dan bertukar menjadi kehitaman dan akhirnya...titisan hujan akan turun membasahi bumi ini....kewujudan awan ni..menjadi kan langit lebih cantik dengan corak awan yang berbeza-beza...kita pun dapat lah berteduh di bawah awan dari kepanasan mentari...alam penuh dengan corak corak semulajadi

9.senja





mentari senja melabuhkan tirainya....di kaki langit kelihatan kekuningan..kemerahan..menandakan malam akan menjelma.burung-burung berterbangan berkawan kawan menuju pulang...aktiviti manusia turut terhenti...berehat di rumah...alam ni penuh dengan warna warni..

8.ular



biasanya ular berada dalam 2 alam...di dalam air dan atas darat...bermacam jenis spesis ular...ada ular kapak..ular sawa..ular lidi...ular sedu senduk,ular selar dll.ular sedu senduk amat berbisa...kalau kena patuk..ia akan memasukkan bisa ke dalam badan manusia...ianya boleh membawa maut..oleh tu cepat-cepat pergi ke pusat rawatan yang terdekat...ular sawa pula ia membelit mangsanya terlebih dulu..bila mangsa dan remuk..baru lah dia telan...sehingga seekor kambing pun dia boleh telan....alam ni kadang kala membahayakan oleh tu kita kenalah sentiasa berwaspada..

7.kura-kura



cerita kura-kura berlumba dengan arnab..arnab tidur dalam perlumbaan...kura-kura yang lambat berjalan tu akhirnya menang...kura-kura dalam perahu...buat-buat tak tahu..kura-kura berada dalam 2 alam...dalam air pun boleh atas darat pun boleh..kulitnya keras..sukakan tenguk kura-kura..kepalanya boleh keluar dan masuk dalam kulitnya yang keras tu..semoga spesis ni tetap wujud di alam ni..

6.bakau



pokok bakau biasanya kedapatan di tebing sungai dan pantai...pokok bakau berfungsi untuk menahan hakisan tanah...antara kegunaan pokok bakau adalah spt boleh di buat arang...arang tu di gunakan untuk bahan bakar spt bakar sate,bbq ,ianya juga boleh di gunakan untuk bahan makanan pokok orkid...ketam batu suka buat lubang di kawasan bakau..sebagai rumah...ketam tu tak boleh di makan..kalau ketam nipah boleh lah di makan..akhirnya...peliharalah khazanah alam ni dari kepupusan..

5.mentari



agak silau jika kita melihat matahati secara direct...tanpa matahari..susah lah kita nak jemur pakaian...nak bercucuk tanam di belakang rumah...dll...matahari kelihatan cantik ketika waktu naik nya...lebih lagi jika ianya kelihatan di kawasan pantai..waktu matahari terbenam..sunset ..cantik juga...di kaki langit kelihatan cahaya kemerahan dan kekuningan..pendek kata....matahari adalah sumber alam yang berguna kepada manusia...tumbuhan dll..

4.sungai



kanak-kanak suka bermain di sungai...terjun...berenang..menyelam dan main kejar kejar...kaki pancing juga memilih sungai...kalau terjumpa lubuk udang...bukan main seronoknya...banyak lah udang galah nanti...berbagai jenis ikan terdapat di sungai spt ikan kerapu,siakap merah...kelah...dll..boleh juga camping di tepi sungai...pasang kemah di waktu malam...sambil tu boleh buat bbq...bakar ikan..udang...alam ni banyak beri manafaat kepada kita kan...

3.bukit



sebelum kita berada di puncak bukit...kita kena mendaki dulu...kalau di sediakan tangga senang lah...kalau tidak...susahlah skit...kita tentunya letih selepas pendakian tu...berehat lah sebentar dan tarik nafas panjang-panjang dan hembus pelan pelan...pemandangan dari puncak..memang menarik....tumbuhan yang menghijau..sungai yang mengalir...lautan...bukit bukau gunung ganang...melihat awan dengan lebih dekat dan jelas lagi...kita terasa berada di awangan...alam ni masih banyak perlu kita terokai...

2.pantai



seronok kan...kalau kita berada di tepi pantai...pasirnya yang kekuningan emas..landai...kita boleh berlari-lari..sambil bermain ombak yang memukul pantai...kita juga boleh menghirup udara yang segar dan nyaman..ditiup angin yang sempoi-sempoi bahasa...lautan yang membiru saujana mata memandang...langit yang terbentang luas...kalau keletihan boleh duduk atas batu...sambil minum air...sungguh membahagiakan...alam ni sungguh indah kan...

1.teratai



bunga teratai yang sedang berkembang di tasik...warnanya pink...pokok teratai mudah membiak di kawasan berair spt kolam,tasik...buahnya boleh di goreng...sungguh indah permandangan tasik jika bunga-bunga teratai berkembang ya...fikiran turut menjadi tenang...kalau nak tanam kat rumah pun boleh juga...belilah poly tank...dan isikan air...kemudian carilah pokok teratai...masukkan ke dalam....boleh juga isikan ikan dalam poly tank tadi...jadilah satu habitat..alam..