19.kesum


biasanya daun kesum ditanam di kawasan berair..seperti di kawasan berpaya, ada juga di tanam di dalam kolam. daun kesum banyak digunakan ketika memasak terutamanya ikan air tawar.. seperti ikan haruan,keli dan patin. antara masakan itu adalah seperti asam pedas tempoyak ikan patin. antara sebab daun kesum digunakan untuk hilangkan bau hanyir ikan air tawar di samping daun kesum sendiri baunya agak kuat serta rasanya agak pedas..cara untuk menanam daun kesum agak mudah..ambil rantingnya yang agak tua dan pacak saja di dalam tanah..yang penting tanah itu mesti berair..daun kesum membiak dengan cara ia akan merebahkan diri bila ianya tinggi dan ranting tu akan terkena tanah..lalu ia akan keluar akar dan tunas baru...

18.kuda



pada zaman dahulu, kuda amat penting sekali..antaranya kuda digunakan sebagai kenderaan dalam peperangan...kuda juga digunakan sebagai kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Ini kerana kuda merupakan haiwan yang bergerak pantas.pada hari ini...kuda masih digunakan oleh manusia...antaranya kuda dijadikan pertandingan dalam sukan...kuda juga digunakan sebagai alat perjudian spt lumba kuda...sesiapa yang belum naik kuda...cubalah cari peluang ya...

17.keladi



pokok keladi ada bermacam jenis dan warna...biasanya keladi tumbuh di kawasan yang berair seperti paya...kalau jenis keladi tu cantik..boleh lah di tanam di kawasan rumah..ada juga jenis keladi yang boleh di makan iaitu bahagian ubi dan batangnya...ubi keladi juga boleh buat perisa spt dalam aiskrim,minuman dll..cara tanamnya mudah..di mana ubi keladi yang tua akan menghasilkan ubi-ubi baru di dalam tanah...dari ubi baru ini akan tumbuh anak-anak keladi...jadi ambil aje ubi baru ni dan tanam ..senang je kan...kalau kita jirus air di atas daun keladi..air tadi akan menjadi ketulan bulat yang kecil dan jatuh perlahan-lahan..kalau pokok keladi tu sudah tidak berdaun lagi,tapi jangan sangka pokok itu sudah mati...sebab ubinya masih hidup dan bila-bila masa..daun akan muncul kembali..

16.bulan



pada asalnya cakerawala ni bersatu..kemudian telah berpecah..dan terbentuklah bintang,planet,bulan dll...bulan mengambang penuh berlaku pada 15 haribulan.Manakala anak bulan terbentuk pada 1 haribulan.anakbulan dapat di gunakan sebagai tanda bermulanya puasa,hariraya ,haji dll.kalau bulan purnama timbul,ini akan memberi cahaya kepada bumi di waktu malam...bulan mendapat cahaya dari biasan matahari...terjadi juga gerhana bulan di mana kedudukan bumi selari dengan matahari dan bulan..alam ini bertambah seri dengan kehadiran purnama di tengah malam.