12.biawak



kebanyakan kita tak suka tenguk biawak kan....kenapa agaknya ya...tapi orang putih suka tenguk biawak...mungkin di tempat mereka tiada biawak kot...biasanya biawak suka tempat berair spt di kawasan paya,sungai,pantai...lebih lebih lagi tempat tu ada tempat untuk bersembuyi spt kawasan bersemak....biawak mempunyai lidah yang bercabang dua..kalau kawasan perumahan ia suka memakan anak ayam dan juga anak kucing...so kena berhati hati lah...kalau kelaparan dalam hutan ,biawak merupakan pilihan askar...biawak teramat suka makan bangkai binatang...alam ni ada kitarannya yang tersendiri..

11.cermai



buah cermai rasanya masam...budak-budak suka baling kayu untuk dapatkan cermai..di katakan keseluruhan pokok cermai dapat di manafaatkan sebagai ubat..bagi yang ingin melangsingkan badan,boleh minum air rebusan daun cermai..biji cermai boleh atasi masalah sembelit dan mual...kulit akar pula boleh merawat asma dan kulit...air rebusan kulit cermai juga boleh merawat pembengkakan pada sistem pernafasan..dll.alam ni penuh dengan penawar...

10.awan



awan mendung tak bererti hujan kan...kepanasan wap di bumi akan naik ke atas langit...ianya akan membentuk awan...awan-awan berkumpul sesama sendiri untuk membentuk awan yang lebih besar...sehingga ianya menjadi berat...dan bertukar menjadi kehitaman dan akhirnya...titisan hujan akan turun membasahi bumi ini....kewujudan awan ni..menjadi kan langit lebih cantik dengan corak awan yang berbeza-beza...kita pun dapat lah berteduh di bawah awan dari kepanasan mentari...alam penuh dengan corak corak semulajadi

9.senja





mentari senja melabuhkan tirainya....di kaki langit kelihatan kekuningan..kemerahan..menandakan malam akan menjelma.burung-burung berterbangan berkawan kawan menuju pulang...aktiviti manusia turut terhenti...berehat di rumah...alam ni penuh dengan warna warni..