Showing posts with label flora. Show all posts
Showing posts with label flora. Show all posts

19.kesum


biasanya daun kesum ditanam di kawasan berair..seperti di kawasan berpaya, ada juga di tanam di dalam kolam. daun kesum banyak digunakan ketika memasak terutamanya ikan air tawar.. seperti ikan haruan,keli dan patin. antara masakan itu adalah seperti asam pedas tempoyak ikan patin. antara sebab daun kesum digunakan untuk hilangkan bau hanyir ikan air tawar di samping daun kesum sendiri baunya agak kuat serta rasanya agak pedas..cara untuk menanam daun kesum agak mudah..ambil rantingnya yang agak tua dan pacak saja di dalam tanah..yang penting tanah itu mesti berair..daun kesum membiak dengan cara ia akan merebahkan diri bila ianya tinggi dan ranting tu akan terkena tanah..lalu ia akan keluar akar dan tunas baru...

17.keladi



pokok keladi ada bermacam jenis dan warna...biasanya keladi tumbuh di kawasan yang berair seperti paya...kalau jenis keladi tu cantik..boleh lah di tanam di kawasan rumah..ada juga jenis keladi yang boleh di makan iaitu bahagian ubi dan batangnya...ubi keladi juga boleh buat perisa spt dalam aiskrim,minuman dll..cara tanamnya mudah..di mana ubi keladi yang tua akan menghasilkan ubi-ubi baru di dalam tanah...dari ubi baru ini akan tumbuh anak-anak keladi...jadi ambil aje ubi baru ni dan tanam ..senang je kan...kalau kita jirus air di atas daun keladi..air tadi akan menjadi ketulan bulat yang kecil dan jatuh perlahan-lahan..kalau pokok keladi tu sudah tidak berdaun lagi,tapi jangan sangka pokok itu sudah mati...sebab ubinya masih hidup dan bila-bila masa..daun akan muncul kembali..

13.kertas



bunga kertas ni ada bermacam warna...ada orang suka warna merah...ada juga minat warna ungu...warna putih pun ada..warna pink ..warna maroon..warna kuning ..warna oren dll...biasanya pokok kertas di tanam atas tanah..dan ada juga di dalam pasu bunga...kalau pasu tanah liat lagi bagus dari plastik sebab tanah liat boleh serap air ini akan membantu akar dapat hidup lebih lama...pilihlah pasu bunga yang agak besar sebab kalau yang kecil tu mudah pecah kerana kekuatan akar tu.cara tanam agak mudah...pilih je dahan yang tua dan keras seterusnya cocok aje dalam tanam..seminggu dua akan tumbuh akar dan pucuk..sepanjang 2 minggu tu siram lah air setiap hari..kalau nak bagi banyakkan bunga....bubuh lah baja bunga...alam ni indah dengan kehadiran bunga bunga

11.cermai



buah cermai rasanya masam...budak-budak suka baling kayu untuk dapatkan cermai..di katakan keseluruhan pokok cermai dapat di manafaatkan sebagai ubat..bagi yang ingin melangsingkan badan,boleh minum air rebusan daun cermai..biji cermai boleh atasi masalah sembelit dan mual...kulit akar pula boleh merawat asma dan kulit...air rebusan kulit cermai juga boleh merawat pembengkakan pada sistem pernafasan..dll.alam ni penuh dengan penawar...

6.bakau



pokok bakau biasanya kedapatan di tebing sungai dan pantai...pokok bakau berfungsi untuk menahan hakisan tanah...antara kegunaan pokok bakau adalah spt boleh di buat arang...arang tu di gunakan untuk bahan bakar spt bakar sate,bbq ,ianya juga boleh di gunakan untuk bahan makanan pokok orkid...ketam batu suka buat lubang di kawasan bakau..sebagai rumah...ketam tu tak boleh di makan..kalau ketam nipah boleh lah di makan..akhirnya...peliharalah khazanah alam ni dari kepupusan..

1.teratai



bunga teratai yang sedang berkembang di tasik...warnanya pink...pokok teratai mudah membiak di kawasan berair spt kolam,tasik...buahnya boleh di goreng...sungguh indah permandangan tasik jika bunga-bunga teratai berkembang ya...fikiran turut menjadi tenang...kalau nak tanam kat rumah pun boleh juga...belilah poly tank...dan isikan air...kemudian carilah pokok teratai...masukkan ke dalam....boleh juga isikan ikan dalam poly tank tadi...jadilah satu habitat..alam..